I WISH YOU

Wednesday, January 5, 2011

MENGUAP KERANA SERONOK

Assalamua'laikum wbt.

Hi 
kawan2
kali nie
nk share ttg 
fakta berkenaan 
MENGUAP


Anda kerap menguap? Berapa kalikah dalam sehari ? Pelik sungguh perbuatan menguap. Saintis mendapati bahawa bukan manusia sahaja yang menguap, malah haiwan juga melakukannya. Menurut Profesor Robert Provine dari Neuroscience Programme di University Maryland, Amerika Syarikat, kebanyakan haiwan bertulang belakang boleh menguap. Banyak haiwan invertebrata turut menguap, termasuk ular. Ikan juga menguap.Bayi menguap sebelum lahir, semasa masih di dalam perut ibunya. Tetapi apakah menguap?Kedengarannya seperti sesuatu yang kurang baik.Dan mengapa mereka menguap?


bayi juga sentiasa menguap


APA ITU MENGUAP?

Saintis telah berdekad-dekad menyelidik perbuatan menguap ini, mengeluarkan banyak laporan dan hipotesis.  Kajian tentang perbuatan menguap ini mengeluarkan banyak laporan dan hipotesis. Kajian tentang perbuatan menguap telah diterbitkan dalam banyak jurnal dan makalah akademik. Namun, sehingga sekarang belum ada kesimpulan yang sahih dan dipersetujui ramai tentang perbuatan menguap ini. Menguap masih misteri. Adakah kita menguap semata-mata kerana bosan, atau adakah ada rahsia di sebaliknya.

MENGUAP = KELETIHAN ?

Seseorang yang menguap selalunya berada dalam keadaan keletihan, minda berasa lesu, terlalu penat bekerja atau sesuatu yang tidak menarik. Kita menguap apabila mengantuk, mata terasa berat mahu terlelap atau selepas makan. Pelajar yang kebosanan di dalam bilik darjah akan menguap menunggu kelas tamat. 


perbuatan menguap


KAJIAN MENGENAI MENGUAP

Sebuah kajian pernah dilakukan kepada remaja berumur 17-19 tahun, memaksa mereka menonton rancangan televisyen yang membosankan atau sekadar corak ujian televisyen (test bar pattern ). Kajian mendapati bahawa rancangan yang menbosankan akan membuatkan remaja menguap 5.78 kali dalam tempoh 30minit. Walau bagaimanapun, remaja yang menonton rancangan MTV yang menyeronokkan juga menguap, tetapi dengan kadar kekerapan yang kurang, iaitu 3.41 kali dalam tempoh yang sama. Maka, bosan atau seronok bukanlah ukurannya, kita tetap juga menguap.

MENGUAP BUKAN KERANA BOSAN

Saintis merumuskan bahawa manusia menguap bukan sahaja kerana kebosanan. Seseorang yang teruja juga akan banyak menguap. Kajian mendapati bahawa atlet Olimpik banyak menguap ketika teruja, beberapa detik sebelum beraksi di pentas dunia. Askar payung terjun juga sering menguap sebelum terjun dari pesawat. Jadi, cuba anda fikirkan tidak mungkin atlet antarabangsa dan askar payung terjun tersebut berasa bosan sebelum melakukan aktiviti yang begitu menguja. Kajian juga mendapati bahawa menguap memberikan tubuh tenaga, meningkatkan denyut nadi dan membuatkan tubuh seseorang berasa lebih peka dan siaga.

HAIWAN MENGUAP UNTUK PERTAHANAN

Dalam alam haiwan, banyak binatang yang menguap untuk meningkatkan rasa dan teruja, bersedia menghadapi ancaman dari luar. Menguap bagi kucing dan haiwan yang bersifat teritorial mungkin juga bertujuan menunjukkan taring gigi, memberitahu pihak lawan bahawa ia tidak hairan akan mereka, ia lebih kuat dan mampu menjaga kawasan sendiri. 

Saintis Charles Darwin, dalam bukunya The Expression of the Emotions in Man and Animals pernah menyebut bahawa babun menguap untuk menakutkan musuhnya, dengan mempamerkan gigi kanin yang tajam. Ikan laga juga didapati sering menganga menguap sebelum bergaduh dengan ikan lain. Barangkali manusia juga, secara biologinya sejak beratus atau ratusan ribu tahun dahulu, menguap untuk mempamerkan kekuatan. Walaupun tamadun sudah berubah, sistem biologi tubuh kita masih menguap secara luar sedar.


menguap cara kucing


MENGUAP KERANA KURANG OKSIGEN?

Ada juga saintis yang mengatakan bahawa kita menguap kerana kekurangan oksigen di dalam tubuh. Barangkali, menguap membantu mengepam karbon dioksida keluar dari paru-paru dengan cepat, lalu segera menyalurkan lebih banyak oksigen ke dalam salur pernafasan. Mungkin kita menguap kerana otak kekurangan oksigen. Namun, kajian saintifik membuktikan sebaliknya.

Pada tahun 1987, Profesor Provine pernah membuat satu eksperimen ke atas beberapa subjek, menyuruh mereka bernafas dengan udara yang mempunyai kandungan oksigen dan karbon dioksida yang pelbagai - daripada 100 peratus oksigen sehingga bancuhan lima peratus karbon dioksida bersama-sama 21 peratus oksigen. Kajian mendapati bahawa kekurangan karbon dioksida di dalam sistem pernafasan tidak membuatkan seseorang menguap lebih kerap. Nah, kalau begitu ungkapan bahawa seseorang menguap keranan kurang oksigen, mitos ya? Perbuatan menguap juga sebenarnya bukan meningkatkan kandungan oksigen di dalam tubuh, malah mengurangkannya.


menguap bukan bererti kurang oksigen


TEORI MENGUAP

Salah satu teori terkini tentang fungsi menguap telah dibentangkan oleh Profesor Gordon Gallup dari Universiti Albany dan Andrew Gallup dari Universiti Birmingham. mereka mencadangkan bahawa menguap mengawal suhu tubuh. Menurut Andrew, otak manusia seperti sebuah komputer, ia kan berfungsi dengan optimum dalam keadaan suhu yang sesuai. Suhu yang terlalu panas akan mengganggu operasi otak. Kajian mendapati bahawa keletihan dan rasa mengantuk meningkatkan suhu otak, kerana itulah kita menguap ketika berasa lesu. ( Maksudnya, selepas aktiviti cergas pun kita boleh menguap kan? sebab badan keletihan. )


MENGUAP DI DALAM KELAS / DEWAN KULIAH & DI MANA SAHAJA


Eksperimen dijalankan terhadap beberapa subjek dengan meletakkan paket-paket ais kepada dahi mereka untuk menyejukkan kepala dan otak. Keputusan mendapati bahawa mereka yang terdapat ais di kepala tidak menguap seperti mereka yang tidak disejukkan. ( Jadi, jika terasa selalu menguap, boleh lah cuba kaedah baru ini ). Kajian merumuskan bahawa selain rasa lesu dan kepenatan, minda yang teruja berputar ligat akan meningkatkan suhu otak, membuatkan anda menguap. 

Oleh itu, murid di dalam kelas tidaklah boleh dianggap sedang berasa bosan jika menguap di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan mahasiswa yang kerap menguap ketika pensyarah sedang mengajar, minda mereka sebenarnya mungkin sedang berputar ligat, menyebankan selalu terlihat menguap. Jika seseorang menguap ketika mendengar anda bercakap juga tidak bolehlah dianggap sebagai mencela. Mereka sebenarnya sedang giat mencerna segala idea dan butir bicara kata-kata anda.




bagaimana kalau seorang guru kerap menguap?


MENGUAP BOLEH BERJANGKIT?

Salah satu sifat menguap yang sering dikaji oleh para saintis ialah kebolehan menguap untuk berjangkit sesama manusia. Jika seseorang itu menguap, orang lain di sekitarnya akan turut berjangkit, lalu ikut sama menguap. (Anda pasti mempunyai pengalaman ini kan?). Mengapakah ini berlaku? Mengapakah menguat sangat mudah berjangkit kepada orang lain?

Salah satu teori mengatakan bahawa menguap adalah satu cara berkomunikasi secara biologi sesama manusia. Beribu-ribu tahun lampau, sebelum datangnya bahasa, manusia berkomunikasi dengan gerak tubuh. Barangkali pada zaman tersebut, dengan menguap, manusia boleh memberitahu puaknya bahawa dia keletihan dan perlu berehat. (Antara nak percaya dengan tidak ni sama banyak jer, sebabnya masa zaman Nabi Adam a.s. pon dah ada bahasa dan Baginda manusia pertama yan menginap atas muka bumi ini , tapi tidak mengapa, sekadar pembacaan sahaja. Mungkin benar-benar wujud.Wallahua'lam.)

BERUK  & ANJING MENGUAP?

Pemerhatian saintis mendapati bahawa beruk juga berkomunikasi sesama mereka dengan menguap. Jika melihat seekor beruk di dalam puak mereka menguap, yang lain kaan turut berjangkit dan menguap sama. Menguap juga berjangkit sesama anjing. Malah, kajian daripada Universiti London membuktikan bahawa apabila anjing melihat manusia menguap, haiwan itu akan turut menguap memimik kelakuan manusia tersebut. (La, ya ke anjing meniru manusia?)

Saintis mencadangkan bahawa mungkin perbuatan menguap berjangkit kerana neuron cermin yang terdapat korteks frontal otak manusia. Apabila melihat orang lain menguap, neuron cermin akan mengarahkan tubuh melakukan yang sama.



beruk juga ikut menguap


FUNGSI NEURON CERMIN

Dikatakan, selain menguap neuron cermin bertanggung jawab mendidik manusia belajar tentang bahasa, empati dan kehidupan seharian setelah meniru orang lain melakukannya sejak kecil. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak autistik tidak mempunyai neuron cermin yang berfungsi sepenuhnya, membuatkan mereka jarang-jarang dijangkiti jika melihat orang lain menguap.(Kena cuba perhatikan lepas ni). Mereka didapati sukar mencerminkan perbuatan orang lain, membuatkan mereka payah untuk menerima pelajaran dan menguasai bahasa.

SEKIAN.

(Rujukan dari tulisan Saharil Hasrin Sanin : Dewan Kosmik Edisi Januari dan diedit sikit2...)

Pelik sungguh perbuatan menguap ini. Malah, sekadar melihat orang lain menguap di dalam gambar atau memikirkan tentang menguap juga berkemungkinan besar akan membuatkan anda turut menguap. Psstt...sejak mula anda membaca artikel tentang menguap ini pun, ada kebarangkalian anda menguap, mungkin sekali, atau beberapa kali...hehe. Diharapkan, perbuatan menguap anda itu disebabkan minda berputar ligat menggali tentang keajaiban menguap, bukan sekadar lesu mahu memikirkannya.okke?
semoga mendapat manfaat yer kawan2...

MENGUAP DALAM ISLAM

 
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” 

(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)


p/s: menguaplah dengan cara yang sopan di depan khalayak!



1 comment:

  1. padan la masa kat kelas dulu 0rg asik menguap....rupa2nya sbb 0tak 0rg byk berfikir dan mencernakan idea yg dicurahkan 0leh pensyarah...terasa diriku begitu bijak!hehehehe....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...