I WISH YOU

Wednesday, January 12, 2011

BERATKU?

Assalamualaikum wbt.


hurm
sejak 2 3 hari nie
 hujan 
dh x brapa nk turun dh
kan2?

soooo
itu bagus utk 
org seperti aku nie 
yg dh lame x exercise
utk melakukan
senaman ringan

huhuhu
sdh lama 
x eksesais
mmg rse berat gler ahh badan
adoiii

bkn ape
faktor2 utk 
menggalakkan aku
bergiat aktif 
dgn eksesais nie 
bkn
stakat utk
imbangkan berat badan 
jer

What??? oH NO!



TAPI
utk kesihatan yg utamanya


Mari hidup secara SIHAT!

JADI 
kwn2...
TOLONG INGATKAN AKU
&
juga diri kawan2 jgk
utk eksesais 
at least 
twice a week
okke???


JOM 
MENYAHUT 
KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
XIXIXIXI

HEHE




Salam
-NMM-

Friday, January 7, 2011

Hujan Oh Hujan! .:::. Senyumlah Kalian!

Assalamualaikum wbt.

Di kala hujan menemaniku malam ini, teringat pulak dekat lirik lagu Sudirman : "Hujan yang turun bagaikan mutiara...(seterusnya anda sambung sendiri yer...hehe)".

Musim hujan yang mengunjungi Pantai Timur Semenanjung ketika ini semakin menjadi-jadi. Pelbagai reaksi yang dapat kita lihat dari orang-orang di sekeliling...kita pastinya tidak boleh lari mendengar keluhan seperti ini...

"Alahai...hujan lagggiikk..."

"Adoiii, asyik hujan jer tiap2 hari, x kering la baju macam nie..."

"Susahnya nak pegi mana2, hujan tak berenti nih..."

"Tiap2 hari hujan, banjir la gamaknya..."

"Bila lah hujan nie nak berenti..?"

Hurm...kdg2 saya sendiri tidak terlepas daripada keluhan yang sebegitu. Moga Allah mengampuni kekhilafanku yang lepas. Amin. Namun,  hari ini saya mula tersedar bahawa kenapa lah mesti dikeluhkan soal hujan ini...Bukankah ianya turun di atas kehendak Allah S.W.T...Kenapa mesti selalunya kita melihat dari sisi negatifnya apabila hujan turun?Hujan hanya menjalankan tanggungjawabnya sahaja...bukankah hujan itu pembawa RAHMAT?

Iya, hujan itu RAHMAT.

Hujan itu kiriman Rahmat dari Allah S.W.T.



“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .”
(Al-A’raf : 57)



Begitulah Allah mengisahkan bahawa hujan itu pembawa berita gembira untuk manusia dan pasti ada Rahmat Allah yang dikirimkan melalui turunnya hujan.


Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi Muhammad S.A.W. pun pernah berpesan, apabila hujan turun, DOA mustajab. Sekarang ini, di tempat Kita (Pantai Timur Semenanjung) hampir tiap-tiap hari hujan (dan saat saya menulis ini pon hujan masih belum berhenti ). Nah, jadi kita sangat beruntung kerana tiap-tiap hari ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah”
 (al-Qamar : 11)

BUkankah kita lebih beruntung saat ini berbanding dengan mereka yang berada di bumi yang tidak ditimpa hujan?


Maka, BERDOALAH.
Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain l ain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah. Teringat saya tentang doa yang diajarkan kepada saya sekian lama dahulu di sekolah. Doa ini dibacakan saat turunnya hujan.

                        “Allaahumma shayyiban naafi’an” (HR. Al-Bukhari)

Ulanglah doa ini berulang kali dan pintalah apa jua dari Allah untuk kehidupan anda. Selagi berpeluang untuk berdoa, jangan kita sekali-kali menyombongkan diri dan berpaling dari-Nya kerana Allah sangat membenci manusia yang sombong malah Allah lebih menyukai orang-orang yang suka meminta dari-Nya.

" Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku"
(Surah Al-Baqarah:ayat 186 )



Berdoalah!Allah pasti Memakbulkannya!


Keajaiban DOA itu telah disebut berulang kali dalam kitab suci Al-Quran, dan Allah sentiasa menyediakan janji2 yg manis buat kita...iya, pasti ada jaminannya!tidak rugi beb!


Dan Tuhanmu berfirman, " Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu...."
(Surah Al-Mu'min:ayat 60)


Sudah terlalu banyak awan memuntahkan hujan, apakah belum mencukupi lagi buat kita yang berada di Bumi?Sampai bila ia akan terus berkunjung ke sini? Lihatlah firman Allah S.W.T. yg bermaksud :

“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. “
(Al-Mukminun : 18)

Wahh!Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Bagi mereka yang belajar Sains, pasti tahu kan apa gunanya air ini disimpan di perut bumi?Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)
menyimpannya. ” (al-Hijr : 22)


Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)

La Tahzan...Usahlah bersedih dengan kedatangan hujan ketika ini kerana cuaca yang baik pasti akan hadir jua di ufuk sana...!






p/s: Bergembiralah dengan kedatangan hujan ini sebelum tibanya kemarau!

Thursday, January 6, 2011

Manisnya Ber "MADU"

Assalamualaikum wbt.


Opppss....jangan silap, topic kali nie bukan pasal "MADU" yg digemari kaum Adam tu...hehe...
Tapi tentang MADU ASLI


Kawan2
sape yg suka
makan 
MADU 
cepat angkat telinga kiri
(haha)


Baik kali nie saya nk bagi info sedikit ttg KHASIAT MADU...i know lah, kawan2 mesti dh arif sgt kan ttg keistimewaan MADU nie...but saya nk seru, seru dan seru lagi kawan2 utk flashback ape sbenarnya y best ttG MADU nie..
Lebah Madu 

Sebenarnya kalau kita selalu amalkan pengambilan MADU nie, bagus tau sebab ianya sama seperti mengambil vitamin dan zat tambahan yang lain...PLUS ia bahkan LEBIH BAIK lagi kerana lebih bersifat natural (semula jadi ). 




MADU sangat kaya dengan GULA seperti glukosa,  fruktosa, sukrosa dan maltosa ( u all mesti tau kan kegunaan smua jenis gula ni kan?HARUSLAH...!kata belajar BIOLOGI...)...jadi, xyah susah2 nk ambik gula berlebihan dh kan?

Manisnya Bermadu!


Selain itu, dalam MADU nie jgk memang dah tersedia lengkap dengan pelbagai jenis MINERAL such as kalsium, magnesium, kalium, natrium, besi, fosfat, klor dan banyak lagi...

Pastikan Madu Asli!
Okke, tau x u all yang cecair manis yang dihasilkan oleh lebah madu drpd nektar bunga nie begitu kaya dgn bermacam2 jenis ZAT like karbohidrat, protein, asid amino dan lain2...Kajian jg dh membuktikan bahawa MADU ASLI nie mengandungi  ZAT yg sangattt banyak (beribu2 lemon ) sehingga melebihi 181 jenis zat yg ada...(all in one dh  nie... kalo mcm tue, xkan pilih yang lain lagi (ala2 iklan PANTENE plak dah)...hehe)






APA YANG BAIKNYA lagi  MADU nie?

Baik, kalau xda baiknya xkan la saya nk seru seribu kali u all utk amik MADU nie kan?haruslah ada advantages nyer..Antaranya ialah:

     a) dapat bagi tenaga tambahan  / stamina pd badan kita
     b) menguatkan sistem imunisasi / daya tahan tubuh
     c) membantu mempercepatkan proses penyembuhan tubuh secara dalaman/luaran.


Mmg sgt banyak kan kebaikan Madu ni...jadi, lps nie jom kita jadikan pengambilan madu nie sebagai breakfast nak x??? (kna g kdai beli nie)...stok dh abes.


Madu juga boleh dicampurkan ke dalam makanan lain


Untuk para isteri dan ibu2 plak, boleh la try2 ubah hidangan breakfast utk suami n anak2 lepas nie...xyah susah2 nk masak itu ini, juz hidangkan madu, kurma n kismis dH PON CUKUP...sape kata x kenyang? Dan lepas nie, xpyh la kita susah2 nk makan jamu or makjun dah kan?amalkan makan MADU pon dh cukup!


"Dari perut lebah itu keluarlah minuman Madu yang bermacam - macam warnanya sebagai penawar (ubat bagi manusia)". Surah An - Nahl ayat 69.


p/s: MADU ASLI mmg manis, tp kalo MADU TIGA/EMPAT cmne yer???


Salam
-NMM-

Wednesday, January 5, 2011

"KISAH BUDU"

Assalamu'alaikum wbt.

Hurm...di kala sedang bercuti keriangan di rumah sekarang ini, terasa rindu pula dekat kawan-kawan kat IPG KKB esp my housemates yang gila2 tue...hihi..rasa rindu plak nak makan NASI ULAM CIKGU kat dua2 cawangan ( di Taman Orkid & Kraftangan). sedapnya makan ulam cicah budu...Bila pulak la kan kita akn ke sana beramai2...seruuu dehh!

-Ahli Rombongan Pengkalan Nangka-
(abaikan gambar di atas yg xda kena mengena dgn kisah budu)

Oh ya, bercakap tentang BUDU nie, saya ada sst yang nk dikongsikan dgn kawan2 semua...ini FAKTA bukan auta atau aorta yer...hihi..
LET'S CHECK IT OUT

|
|
|




KISAH BUDU

Nasi Kerabu tanpa BUDU diibaratkan seperti Dato' Siti tanpa Datuk K...hehe (pinjam nama jap ekk Dato'). Begitulah sinonimnya nasi kerabu dan budu. Budu sangat terkenal di kawasan Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Budu bukan sahaja dipasarkan di Malaysia tetapi juga di Selatan Thailand oleh syarikat perusahaan kecil. 

Budu biasanya dihidangkan begitu sahaja atau pun sebagai penambah rasa makanan dengan menyediakan campuran budu bersama-sama perahan air limau nipis. Lazimnya, budu dimakan bersama-sama nasi dan sebagai pencecah ulam-ulaman. Budu juga digunakan sebagai pengganti garam dalam penyediaan makanan.


kat sinila kami slalu makan nasi ulam.BEST!


ASAL USUL BUDU

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dihasilkan melalui campuran ikan bilis jenis Stolephorus spp atau campuran ikan kecil yang lain dengan garam dalam nisbah 3:2 (ikan:garam). Proses penapaian campuran tersebut yang memakan masa selama 6-12 bulan di dalam tangki konkrit atau simen akan menghasilkan cecair yang berwarna keruh, seakan-akan warna coklat keperang-perangan.( prosesnya nak sama dengan buat kicap kan?).  Selepas proses penapaian, budu yang matang akan dimasak selama dua jam bersama-sama dengan ramuan lain seperti asam jawa., gula merah dan monosodium glutamat (MSG) untuk memberikan rasa manis dan warna.



dalam nie budu disimpan


KEISTIMEWAAN BUDU

Budu bukan sahaja produk yang mempunyai rasa yang unik, tetapi mengandungi pelbagai khasiat kesihatan dan kecantikan yang lain. Budu dapat membekalkan makro nutrien dan mikro nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang mencukupi. Tambahan pula, protein dan serat yang terkandung di dalam budu mudah dicerna oleh badan berbanding dengan sumber makanan yang lain. Hal ini kerana protein dan serat dalam budu telah separa dicerna oleh bakteria. 



budu disediakan dgn pelbagai cara


KAJIAN TENTANG BUDU

Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis di Jepun, Amerika Syarikat, Australia, Newa Zealand dan Jerman, budu mengandungi komponen aktif glutation dan isoflavon yang mampu bertindak sebagai antioksida (golongan wanita mesti suka kalau yang ader antioksida kan???). Kebiasaannya, dalam apa jua jenis ikan terdapat tiga jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien.

Kandungan bahan antioksida dapat menghalang pembentukan radikal bebas yang merupakan penyumbang kepada penyakit seperti kanser dan kardiovaskular.



Menyelerakan


BUDU SEBAGAI KOSMETIK?

Elemen antioksida ini juga dapat melambatkan proses penuaan sekali gus menjadi faktor penggunaan budu sebagai bahan kosmetik. Penyelidikan yang dilakukan di Pusat Teknologi Sirim telah membuktikan bahawa di samping melambatkan proses penuaan, ekstrak budu dapat merangsang pertambahan sel kulit serta menggalakkan penghasilan kolagen yang mampu mencerahkan kulit.(Anda yang suka makan budu, jadi cerah tak kulit tue?)

makanlah budu untuk awet muda



BUDU MENCEGAH KANSER PAYU DARA

Dalam satu kajian lain yang dilakukan di Universiti Nothern, California, Amerika Syarikat, penyelidik menemui sebatian aktif geneistein dan fitoestrogen di dalam budu yang dapat mencegah barah payu dara. Selain itu, terdapat pelbagai data saintifik lain yang menunjukkan bahawa ekstrak budu berupaya memerangi penyakit degeneratif seperti hipertensi (tekanan darah tinggi), diabetes (kencing manis) dan hiperkolesterolemia ( kandungan kolesterol tinggi dalam darah).

Pengambilan budu sebanyak 250gram sehari selama dua minggu dipercayai dapat menurunkan tahap kolesterol dalam darah ke paras normal. (wahh, lepas nih pakat carik budu blako dehh). Ini merupakan suatu penemuan yang sangat menakjubkan mengenai budu.


Prevention is always Better than Cure



BUDU UNTUK PESAKIT ANEMIA

Pengambilan budu dalam diet juga mampu mengubati pesakit anemia (kekurangan sel darah merah), iaitu pesakit tidak perlu bergantung kepada suplemen ferum lagi.(hebat tak?). Vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria Klebsiella pneumonia dan Citrobacter frundiin dalam budu membantu pembentukan sel darah merah di dalam badan. 

Budu mempunya nilai farmaseutikal yang tinggi kerana aktiviti antibakteria yang ditunjukkannya ke atas bakteria Escherichia coli ( bakteria jahat ) yang menjadi punca diarea atau cirit-birit. Ekstrak budu juga dapat merencatkan pertumbuhan bakteria penyebab flatulensi (masalah kembung perut ). Jadi, kalau anda suka makan budu x adalah sangat masalah nie kan???



Tambah Darah Merah dengan Makan Budu!


MAKAN BUDU UNTUK CERDIK

Penemuan yang lebih menarik tentang budu ialah dapat merangsang sel-sel otak dan memperkuatkan neuron yang lemah dan sekali gus dapat menguatkan daya ingatan. (Ini benar, sebab mak saya pernah cakap budu banyak protein dan memang bagus untuk otak ). 

Budu merupakan pilihan terbaik bagi ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka menyerlah dalam pelajaran. Di samping dapat merawat pelbagai penyakit, budu dapat mengekalkan kesihatan tubuh dengan menyingkirkan sisa toksik dalam badan dan meningkatkan sistem imun (daya tahan tubuh ).


MAKANLAH BUDU!SUKSES MACAM SAYA!



haaa....panjang lebar dh nie saya jelaskan kepada anda tentang BUDU ,so ape lagi...lepas nie boleh la buat stok budu banyak2 yea...n serang kedai NASI ULAM CIKGU setiap hari...hehehe.

Ada macam2 ragam org yg makan budu nie, ada yg buat budu sebagai kuah ( paham2 ler sape tue ), ada yg hirup jer budu macam tue, ada jugak yg cicah tulang ayam dengan budu!apa2 pon cara anda, anda ttp sporting sbab suka makan BUDU juz like me...~~~

SEKIAN.CERITA BUDU.

Sumber: Nadia Izyan & Fazlina serta dikarut oleh saya sket2...
Gambar2: Ihsan google.


p/s: Lepas makan budu, jangan lupa gosok gigi !

MENGUAP KERANA SERONOK

Assalamua'laikum wbt.

Hi 
kawan2
kali nie
nk share ttg 
fakta berkenaan 
MENGUAP


Anda kerap menguap? Berapa kalikah dalam sehari ? Pelik sungguh perbuatan menguap. Saintis mendapati bahawa bukan manusia sahaja yang menguap, malah haiwan juga melakukannya. Menurut Profesor Robert Provine dari Neuroscience Programme di University Maryland, Amerika Syarikat, kebanyakan haiwan bertulang belakang boleh menguap. Banyak haiwan invertebrata turut menguap, termasuk ular. Ikan juga menguap.Bayi menguap sebelum lahir, semasa masih di dalam perut ibunya. Tetapi apakah menguap?Kedengarannya seperti sesuatu yang kurang baik.Dan mengapa mereka menguap?


bayi juga sentiasa menguap


APA ITU MENGUAP?

Saintis telah berdekad-dekad menyelidik perbuatan menguap ini, mengeluarkan banyak laporan dan hipotesis.  Kajian tentang perbuatan menguap ini mengeluarkan banyak laporan dan hipotesis. Kajian tentang perbuatan menguap telah diterbitkan dalam banyak jurnal dan makalah akademik. Namun, sehingga sekarang belum ada kesimpulan yang sahih dan dipersetujui ramai tentang perbuatan menguap ini. Menguap masih misteri. Adakah kita menguap semata-mata kerana bosan, atau adakah ada rahsia di sebaliknya.

MENGUAP = KELETIHAN ?

Seseorang yang menguap selalunya berada dalam keadaan keletihan, minda berasa lesu, terlalu penat bekerja atau sesuatu yang tidak menarik. Kita menguap apabila mengantuk, mata terasa berat mahu terlelap atau selepas makan. Pelajar yang kebosanan di dalam bilik darjah akan menguap menunggu kelas tamat. 


perbuatan menguap


KAJIAN MENGENAI MENGUAP

Sebuah kajian pernah dilakukan kepada remaja berumur 17-19 tahun, memaksa mereka menonton rancangan televisyen yang membosankan atau sekadar corak ujian televisyen (test bar pattern ). Kajian mendapati bahawa rancangan yang menbosankan akan membuatkan remaja menguap 5.78 kali dalam tempoh 30minit. Walau bagaimanapun, remaja yang menonton rancangan MTV yang menyeronokkan juga menguap, tetapi dengan kadar kekerapan yang kurang, iaitu 3.41 kali dalam tempoh yang sama. Maka, bosan atau seronok bukanlah ukurannya, kita tetap juga menguap.

MENGUAP BUKAN KERANA BOSAN

Saintis merumuskan bahawa manusia menguap bukan sahaja kerana kebosanan. Seseorang yang teruja juga akan banyak menguap. Kajian mendapati bahawa atlet Olimpik banyak menguap ketika teruja, beberapa detik sebelum beraksi di pentas dunia. Askar payung terjun juga sering menguap sebelum terjun dari pesawat. Jadi, cuba anda fikirkan tidak mungkin atlet antarabangsa dan askar payung terjun tersebut berasa bosan sebelum melakukan aktiviti yang begitu menguja. Kajian juga mendapati bahawa menguap memberikan tubuh tenaga, meningkatkan denyut nadi dan membuatkan tubuh seseorang berasa lebih peka dan siaga.

HAIWAN MENGUAP UNTUK PERTAHANAN

Dalam alam haiwan, banyak binatang yang menguap untuk meningkatkan rasa dan teruja, bersedia menghadapi ancaman dari luar. Menguap bagi kucing dan haiwan yang bersifat teritorial mungkin juga bertujuan menunjukkan taring gigi, memberitahu pihak lawan bahawa ia tidak hairan akan mereka, ia lebih kuat dan mampu menjaga kawasan sendiri. 

Saintis Charles Darwin, dalam bukunya The Expression of the Emotions in Man and Animals pernah menyebut bahawa babun menguap untuk menakutkan musuhnya, dengan mempamerkan gigi kanin yang tajam. Ikan laga juga didapati sering menganga menguap sebelum bergaduh dengan ikan lain. Barangkali manusia juga, secara biologinya sejak beratus atau ratusan ribu tahun dahulu, menguap untuk mempamerkan kekuatan. Walaupun tamadun sudah berubah, sistem biologi tubuh kita masih menguap secara luar sedar.


menguap cara kucing


MENGUAP KERANA KURANG OKSIGEN?

Ada juga saintis yang mengatakan bahawa kita menguap kerana kekurangan oksigen di dalam tubuh. Barangkali, menguap membantu mengepam karbon dioksida keluar dari paru-paru dengan cepat, lalu segera menyalurkan lebih banyak oksigen ke dalam salur pernafasan. Mungkin kita menguap kerana otak kekurangan oksigen. Namun, kajian saintifik membuktikan sebaliknya.

Pada tahun 1987, Profesor Provine pernah membuat satu eksperimen ke atas beberapa subjek, menyuruh mereka bernafas dengan udara yang mempunyai kandungan oksigen dan karbon dioksida yang pelbagai - daripada 100 peratus oksigen sehingga bancuhan lima peratus karbon dioksida bersama-sama 21 peratus oksigen. Kajian mendapati bahawa kekurangan karbon dioksida di dalam sistem pernafasan tidak membuatkan seseorang menguap lebih kerap. Nah, kalau begitu ungkapan bahawa seseorang menguap keranan kurang oksigen, mitos ya? Perbuatan menguap juga sebenarnya bukan meningkatkan kandungan oksigen di dalam tubuh, malah mengurangkannya.


menguap bukan bererti kurang oksigen


TEORI MENGUAP

Salah satu teori terkini tentang fungsi menguap telah dibentangkan oleh Profesor Gordon Gallup dari Universiti Albany dan Andrew Gallup dari Universiti Birmingham. mereka mencadangkan bahawa menguap mengawal suhu tubuh. Menurut Andrew, otak manusia seperti sebuah komputer, ia kan berfungsi dengan optimum dalam keadaan suhu yang sesuai. Suhu yang terlalu panas akan mengganggu operasi otak. Kajian mendapati bahawa keletihan dan rasa mengantuk meningkatkan suhu otak, kerana itulah kita menguap ketika berasa lesu. ( Maksudnya, selepas aktiviti cergas pun kita boleh menguap kan? sebab badan keletihan. )


MENGUAP DI DALAM KELAS / DEWAN KULIAH & DI MANA SAHAJA


Eksperimen dijalankan terhadap beberapa subjek dengan meletakkan paket-paket ais kepada dahi mereka untuk menyejukkan kepala dan otak. Keputusan mendapati bahawa mereka yang terdapat ais di kepala tidak menguap seperti mereka yang tidak disejukkan. ( Jadi, jika terasa selalu menguap, boleh lah cuba kaedah baru ini ). Kajian merumuskan bahawa selain rasa lesu dan kepenatan, minda yang teruja berputar ligat akan meningkatkan suhu otak, membuatkan anda menguap. 

Oleh itu, murid di dalam kelas tidaklah boleh dianggap sedang berasa bosan jika menguap di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan mahasiswa yang kerap menguap ketika pensyarah sedang mengajar, minda mereka sebenarnya mungkin sedang berputar ligat, menyebankan selalu terlihat menguap. Jika seseorang menguap ketika mendengar anda bercakap juga tidak bolehlah dianggap sebagai mencela. Mereka sebenarnya sedang giat mencerna segala idea dan butir bicara kata-kata anda.




bagaimana kalau seorang guru kerap menguap?


MENGUAP BOLEH BERJANGKIT?

Salah satu sifat menguap yang sering dikaji oleh para saintis ialah kebolehan menguap untuk berjangkit sesama manusia. Jika seseorang itu menguap, orang lain di sekitarnya akan turut berjangkit, lalu ikut sama menguap. (Anda pasti mempunyai pengalaman ini kan?). Mengapakah ini berlaku? Mengapakah menguat sangat mudah berjangkit kepada orang lain?

Salah satu teori mengatakan bahawa menguap adalah satu cara berkomunikasi secara biologi sesama manusia. Beribu-ribu tahun lampau, sebelum datangnya bahasa, manusia berkomunikasi dengan gerak tubuh. Barangkali pada zaman tersebut, dengan menguap, manusia boleh memberitahu puaknya bahawa dia keletihan dan perlu berehat. (Antara nak percaya dengan tidak ni sama banyak jer, sebabnya masa zaman Nabi Adam a.s. pon dah ada bahasa dan Baginda manusia pertama yan menginap atas muka bumi ini , tapi tidak mengapa, sekadar pembacaan sahaja. Mungkin benar-benar wujud.Wallahua'lam.)

BERUK  & ANJING MENGUAP?

Pemerhatian saintis mendapati bahawa beruk juga berkomunikasi sesama mereka dengan menguap. Jika melihat seekor beruk di dalam puak mereka menguap, yang lain kaan turut berjangkit dan menguap sama. Menguap juga berjangkit sesama anjing. Malah, kajian daripada Universiti London membuktikan bahawa apabila anjing melihat manusia menguap, haiwan itu akan turut menguap memimik kelakuan manusia tersebut. (La, ya ke anjing meniru manusia?)

Saintis mencadangkan bahawa mungkin perbuatan menguap berjangkit kerana neuron cermin yang terdapat korteks frontal otak manusia. Apabila melihat orang lain menguap, neuron cermin akan mengarahkan tubuh melakukan yang sama.



beruk juga ikut menguap


FUNGSI NEURON CERMIN

Dikatakan, selain menguap neuron cermin bertanggung jawab mendidik manusia belajar tentang bahasa, empati dan kehidupan seharian setelah meniru orang lain melakukannya sejak kecil. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak autistik tidak mempunyai neuron cermin yang berfungsi sepenuhnya, membuatkan mereka jarang-jarang dijangkiti jika melihat orang lain menguap.(Kena cuba perhatikan lepas ni). Mereka didapati sukar mencerminkan perbuatan orang lain, membuatkan mereka payah untuk menerima pelajaran dan menguasai bahasa.

SEKIAN.

(Rujukan dari tulisan Saharil Hasrin Sanin : Dewan Kosmik Edisi Januari dan diedit sikit2...)

Pelik sungguh perbuatan menguap ini. Malah, sekadar melihat orang lain menguap di dalam gambar atau memikirkan tentang menguap juga berkemungkinan besar akan membuatkan anda turut menguap. Psstt...sejak mula anda membaca artikel tentang menguap ini pun, ada kebarangkalian anda menguap, mungkin sekali, atau beberapa kali...hehe. Diharapkan, perbuatan menguap anda itu disebabkan minda berputar ligat menggali tentang keajaiban menguap, bukan sekadar lesu mahu memikirkannya.okke?
semoga mendapat manfaat yer kawan2...

MENGUAP DALAM ISLAM

 
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” 

(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)


p/s: menguaplah dengan cara yang sopan di depan khalayak!



Tuesday, January 4, 2011

- Rindunya Nak Jadi "RED HEN" Lagik...-

Assalamua'laikum wbt.


Hye kawan2
bertemu kembali
terima kasih kerana sudi 
singgah 
ke blog saya yg x brapa nk 
INDAH 
nie

tq
soooo
much

-muahxxx...xixixi-


okke, kali nie sy nk cuba FLASHBACK @ dlm bahasa Sastera nyer...IMBAS KEMBALI...zaman kanak2 yg indah dulu...(indah ker?) ...of  course...HARUSLAH...hihi.
"Once upon a time..." chewahhh....xdela...when i was a child few years ago ( umo smpai braper yer dikira CHILD???..I guess sampai year 6 je kan...kalo dh lebih dr tue, childish namanya @ ngada2..haha...i could remember the best thing in my life...yup!still!!!!!!sweet moments AND also the "PAHITNESS" one...Thank Allah for the ANUGERAH utk aku ingat lagi smua nie...


okke2, straight into my heart...hahaha...bukan2...str8 to the point...apa yg sy nk share ngn kawan2 arini ialah TENTANG SAYA yg pernah bertukar menjadi RED HEN...mksudnya???

U all penah tgk x bagaimana rupa RED HEN...(penah kan???, erkk...kalo Cik Siti Maryam i xtau la...sbab dia dok KL...Katanya kambing pon xpenah dilihat b4 nie...yeker???silalah ty dia) ...

yang nie la RED HEN


Yang nie baru kambing...hihi
(khas utk Cik Ema)














Okke, jangan buang masa... back to the topic...nk citanya masa zaman sekolah dulu ( sek ren yer...sbab sek men sy mandom sket...haha), saya penah la mewakili sekolah dlm pertandingan STORY TELLING...( nk buat cmner kan...story mory jer yg ader bakat...aktiviti sukan mcm netball, volley dan seangkatan dgnnya x masuk pon...alasan yg aku bg sbab takut ngn bola n pemain sume kasar2...pdhal boleh jer main..hahaha)...smpai la skang nie...xpandai men netball...

x caya???mmg ptt pon korg x caya...ssh nk pcaya kalo gurlz xreti men netballl kan?...sbabnya sukan nie familiar sgt ngn gurls..tp itulah hakikatnya...peraturan dlm game netball pon sy x brapa pndai sgt...hahaha...ntah yg mne GS, GK, GD pon xtau...sy hafal jer maser nk exam PJ zmn skolah dulu (oppss...terkantoi sudaa..), n bila skali nk men...skali blaja...tue yg x brapa lekat sgt tue dlm kepala nie..at least dh ader effort tau utk blaja men netball...kira okke la kan???(mintak2 GB x bg la aku jd jurulatih netball kat skolah nnt...kalo x, hancusss pasukan skolah...hahaha..)



BAIKKKK...ceritanya begini...

...dulu teacher BI sy ( Pn. Norasikin Mohammed -...i miss her so much la...) penah offer kat saya utk masuk Story Telling Competition (STC) nih...utk wakil skolah (maser tue xtau pon ader bakat) sebab x pnah dicungkil pon...hehe...TAPI Sygnya...saya menolak tawaran itu... saya tolak dgn cara baikkkk...mcm2 alasan yg diberi..."Teacher, saya malu la ats stage...sy x pandai la...bla2.." tp my lovely tcer tue xnak putus asa gak...dia call my mom and persuade her to ask me to join the competition...huaaa...ape yg boleh kubuat??? dalam terpaksa kurela jua...okke, abih di situ.

Then, bermula lah episod baru hari2 ku kedepannya...my teacher bagi skrip yg panjangnya 4 page utk dihafal in a few weeks b4 the competition...okke, fine! saya hafal...(script tue my tcer buat sendiri tau..)...at the beginning, tergagap2 jgk la nk baca bhs omputih nie...(yela, kita nie pure Melayu + Cina2 sket )...mane phm sgt omputehh nie...hihi...tp lama2 berkat bimbingan beliau akhirnya aku bisa, bah!!!!!


First time msk STC mase Year 5 ...dpt 2nd runner-up state level...okke la kan utk cubaan pertama...hihi. tajuk ceritanya   x INGAT DAH...rasanya pasal org warak yg taat pd perintah ALLAH... (yeker???anggap jer iya)...yg kelakarnya mse aku hafal cita nie aku pon x bape nk paham sgt jalan critanya, my teacher yg explain sume tue...almaklumla...sekali lagi...I bukan org omputeh, k..critanya ttg a baker yg sgt taat beribadah, setia pd pemerintah dan ada sorg isteri yg baik...


haa...nie la rupa "baker" tuhh...yg tengah tu...yg berjubah tue la tcer sy yg latih sy..yg sorg lagi pon my tcer gak.


One day, dia diuji oleh Raja ( bkn Rajagobal ya) di negerinya utk test tgk dia nie btol2 amanah/jujur ke tak...The King gave his ring to the baker and asked him to keep it wisely ( utk sementara ) n he accepted it...he asked his wife to keep it, his wife put in in the drawer at their home...UNFORTUNATELY, the ring was disappeared...aiyookkk...cne nih???? baker ni x sedar lagik tau yg ring tue dh ilang smpai la King tue mintak balik the ring....actually, King tue dh arahkan gembalanya untuk curi n bagi kat KING tue smula...(kononnya King tue nk tgk la cmne reaksi the baker tue nnt...smada dia nk cakap benar or nk bohong...)

...SamBUng LAGI...

But apa2 pon semua urusan ttp dikembalikan kpd ALLAH kan? sepertimana dlm Surah Al-Anfal:ayat 44...YANG BERMAKSUD:

" Dan ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu, ketika kamu berjumpa dengan mereka berjumlah sedikti menurut penglihatan matamu dan kamu diperlihatkan-Nya berjumlah sedikit menurut penglihatan mereka, itu kerana Allah berkehendak melaksanakan suatu urusan yang harus dilaksanakan. HANYA KEPADA ALLAH SEGALA URUSAN DIKEMBALIKAN."


Sooooo, the baker tue pon berdoa lah kpd Allah S.W.T. ( baker nie Muslim )...days n nights...dia berdoa...mane taknya...the King tue dh ancam bahawa kalo dia x menemukan "the ring" a.s.a.p....he will be hang to die..serammm!MasyaAllah. Saya ingat lagi the baker tue baca doa cmnie....:::>


" Oh God, please help me find the ring...please save my life God..."
-the baker went on repeating this sentences-

Dan berkat pertolongan Allah S.W.T....maser baker tue tngah berdoa...his wife called him....

  "Huss...Husband...I found this ring when cutting open the fish's stomach.."
( sila baca dengan nada anda sdg bercerita yee..)

AND...the baker tue terus sujud pd Allah S.W.T...n he said


" Oh God, thank you for saving my life"
(bersyukur)

so, kawan2 Lupakah pada janji ALLAh? Sesiapa yang membantu dirinya sendiri dan membantu memakmurkan agama ALLAh, pertolongan ALLAh pasti tiba dari arah yang tidak disangka-sangka dan tanpa disedari oleh manusia itu sendiri pun. Nah, kena yakin ini. Sematkan dalam hati. Itu, dalam hati kecil itu.
  
begitu juga dengan baker nie, Allah dah tlg dia...


RING DALAM PERUT IKAN???

haaa...cne plak ring tue bleh ader dalam mulut si ikan tue ekk? ( jangan garu kepala yg x gatal tue...) Actually, maser king tue pegi memancing...dia pakai ring tue n suddenly the ring jatuh dalam air...and it was swept away by the swift water....selang bbrp hari lepas tue, the baker's wife td tue pergi market beli ikan, tgk2 dengan Kuasa Allah S.W.T. ...( bukan kebetulan yer, mmg dh takdir yg Allah buat ), ring tue dimakan oleh ikan yg dibeli oleh the baker's wife...so, u all pikir2 la sendiri yer makna di sebaliknya...(tafakkur sat..)...~

WAhhH...dah macam saya tgh ber'story plak dekat kawan2 kan...pdahal nk citanya pasal benda lain...awalnya nk cita pasal RED HEN...hahaha...dh melencong nihh....xpela, bleh share2 kan...okke, as the conclusion...kawan2 amik la pengajaran nya dari cerita yg x berapa nk panjang lebar sgt sy mengomel tue...( walopon cerita the baker nie hanya rekaan, tp masih ada pengajaran d situ kan?) INGAT! Janji Allah Selalu Ditepati...so, xda ruginya kita bersangka baik dgn Allah...kan2???




N lastly, sy nk cakap...next year nya sy masuk STC once again (maser Year 6)...kali nie x malu sgt dahh..(konon nya dh biasa nek stage la kan..)...maser nie la saya trasformed jadi RED HEN...tajuk cter nya "THE BRAINY RED HEN"...ala, crita pasal ayam n the geng la...nnt la kalo ader maser sy cuba ceritakan yekkk...tp mmg best sgt cta nya...ada pengajaran jugak...boleh amik moral values from this story...


get ready utk perform nie...berat tau costume nie...dhla panas.


Alhamdulillah, saya boleh la merasa utk wakil sekolah/daerah/negeri bagi crita nie (bukan nk riak tau, cuma nk share jer)...membawa harapan satu sekolah n negeri utk final competition kat Shah Alam...kat INTECMA (btol ke eja cmnie). 




nie maser district level...my school jd tuan rumah..




yang nie plak tgh tekun perform maser final national level...pulun judges tue!


hurm...walo cmne pon sy ttp bersyukur gak even xdapat tempat 1, 2, 3...tp dh sampai peringkat nie syukur sgt2,mne taknya siang mlm praktis utk menang...(dlm toilet pon berlatih lagi tau )...suara pon dh mcm ayam...hahaha...suka sgt wat cmnie..."Cluck...cluck...cluck.." hehehe...(cuba kawan2 buat dgn gaya tersendiri sambil goyang2 punggung) hahaha...




"jom gelek samer2...Cluck...Cluck...Cluck.."


okke, smbung....nk kna compete dgn 12 buah negeri lain include Labuan...ingat senang ker...kita nie dh la student dr kampung jeee...cakap BI pon tunggang langgang...mane teror cm dorg tue...tp btol2 syukur sgt...I got 6th place..=)...thanks sgt2 to my lovely teacher yg ikut keras kepalanya dulu utk ambik saya join this competition...love you so muchhh!




antara contestants kat shah alam...my costume was the biggest..haha.


saya cukup ingat ayat (ala2 mantera ) dalam cerita nie;

MAGIC FIRE
hear my words 
Give me 
STRENGTH
like this little 
RED BIRD

I
summon 
U
to 
listen 
to me

POWER
STRENGTH
give 
them to me

..................



tengah baca mantera nie..don't disturb!


Okke la kawan2, i know kawan2 mesti ader pengalaman sendiri jgk kan???imbas2 la kembali yerr...best kan zaman dulu kala...skang dh besar..dh x leh gelek2 cam ayam lagi...hahaha..




after the performance...xda mood sbab ada sedikit kesilapan mse perform.huhu.


itu jer crita saya ttg RED HEN...yg ptng sngt rindu utk pakai costume tue lagiiiii.......>>>


nway, jom layannn zasss lagu nie...hehe...~~~









p/s: Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebijik riuh sekampung!




Salam
-NMM-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...