I WISH YOU

Wednesday, January 5, 2011

"KISAH BUDU"

Assalamu'alaikum wbt.

Hurm...di kala sedang bercuti keriangan di rumah sekarang ini, terasa rindu pula dekat kawan-kawan kat IPG KKB esp my housemates yang gila2 tue...hihi..rasa rindu plak nak makan NASI ULAM CIKGU kat dua2 cawangan ( di Taman Orkid & Kraftangan). sedapnya makan ulam cicah budu...Bila pulak la kan kita akn ke sana beramai2...seruuu dehh!

-Ahli Rombongan Pengkalan Nangka-
(abaikan gambar di atas yg xda kena mengena dgn kisah budu)

Oh ya, bercakap tentang BUDU nie, saya ada sst yang nk dikongsikan dgn kawan2 semua...ini FAKTA bukan auta atau aorta yer...hihi..
LET'S CHECK IT OUT

|
|
|




KISAH BUDU

Nasi Kerabu tanpa BUDU diibaratkan seperti Dato' Siti tanpa Datuk K...hehe (pinjam nama jap ekk Dato'). Begitulah sinonimnya nasi kerabu dan budu. Budu sangat terkenal di kawasan Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Budu bukan sahaja dipasarkan di Malaysia tetapi juga di Selatan Thailand oleh syarikat perusahaan kecil. 

Budu biasanya dihidangkan begitu sahaja atau pun sebagai penambah rasa makanan dengan menyediakan campuran budu bersama-sama perahan air limau nipis. Lazimnya, budu dimakan bersama-sama nasi dan sebagai pencecah ulam-ulaman. Budu juga digunakan sebagai pengganti garam dalam penyediaan makanan.


kat sinila kami slalu makan nasi ulam.BEST!


ASAL USUL BUDU

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dihasilkan melalui campuran ikan bilis jenis Stolephorus spp atau campuran ikan kecil yang lain dengan garam dalam nisbah 3:2 (ikan:garam). Proses penapaian campuran tersebut yang memakan masa selama 6-12 bulan di dalam tangki konkrit atau simen akan menghasilkan cecair yang berwarna keruh, seakan-akan warna coklat keperang-perangan.( prosesnya nak sama dengan buat kicap kan?).  Selepas proses penapaian, budu yang matang akan dimasak selama dua jam bersama-sama dengan ramuan lain seperti asam jawa., gula merah dan monosodium glutamat (MSG) untuk memberikan rasa manis dan warna.



dalam nie budu disimpan


KEISTIMEWAAN BUDU

Budu bukan sahaja produk yang mempunyai rasa yang unik, tetapi mengandungi pelbagai khasiat kesihatan dan kecantikan yang lain. Budu dapat membekalkan makro nutrien dan mikro nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang mencukupi. Tambahan pula, protein dan serat yang terkandung di dalam budu mudah dicerna oleh badan berbanding dengan sumber makanan yang lain. Hal ini kerana protein dan serat dalam budu telah separa dicerna oleh bakteria. 



budu disediakan dgn pelbagai cara


KAJIAN TENTANG BUDU

Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis di Jepun, Amerika Syarikat, Australia, Newa Zealand dan Jerman, budu mengandungi komponen aktif glutation dan isoflavon yang mampu bertindak sebagai antioksida (golongan wanita mesti suka kalau yang ader antioksida kan???). Kebiasaannya, dalam apa jua jenis ikan terdapat tiga jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien.

Kandungan bahan antioksida dapat menghalang pembentukan radikal bebas yang merupakan penyumbang kepada penyakit seperti kanser dan kardiovaskular.



Menyelerakan


BUDU SEBAGAI KOSMETIK?

Elemen antioksida ini juga dapat melambatkan proses penuaan sekali gus menjadi faktor penggunaan budu sebagai bahan kosmetik. Penyelidikan yang dilakukan di Pusat Teknologi Sirim telah membuktikan bahawa di samping melambatkan proses penuaan, ekstrak budu dapat merangsang pertambahan sel kulit serta menggalakkan penghasilan kolagen yang mampu mencerahkan kulit.(Anda yang suka makan budu, jadi cerah tak kulit tue?)

makanlah budu untuk awet muda



BUDU MENCEGAH KANSER PAYU DARA

Dalam satu kajian lain yang dilakukan di Universiti Nothern, California, Amerika Syarikat, penyelidik menemui sebatian aktif geneistein dan fitoestrogen di dalam budu yang dapat mencegah barah payu dara. Selain itu, terdapat pelbagai data saintifik lain yang menunjukkan bahawa ekstrak budu berupaya memerangi penyakit degeneratif seperti hipertensi (tekanan darah tinggi), diabetes (kencing manis) dan hiperkolesterolemia ( kandungan kolesterol tinggi dalam darah).

Pengambilan budu sebanyak 250gram sehari selama dua minggu dipercayai dapat menurunkan tahap kolesterol dalam darah ke paras normal. (wahh, lepas nih pakat carik budu blako dehh). Ini merupakan suatu penemuan yang sangat menakjubkan mengenai budu.


Prevention is always Better than Cure



BUDU UNTUK PESAKIT ANEMIA

Pengambilan budu dalam diet juga mampu mengubati pesakit anemia (kekurangan sel darah merah), iaitu pesakit tidak perlu bergantung kepada suplemen ferum lagi.(hebat tak?). Vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria Klebsiella pneumonia dan Citrobacter frundiin dalam budu membantu pembentukan sel darah merah di dalam badan. 

Budu mempunya nilai farmaseutikal yang tinggi kerana aktiviti antibakteria yang ditunjukkannya ke atas bakteria Escherichia coli ( bakteria jahat ) yang menjadi punca diarea atau cirit-birit. Ekstrak budu juga dapat merencatkan pertumbuhan bakteria penyebab flatulensi (masalah kembung perut ). Jadi, kalau anda suka makan budu x adalah sangat masalah nie kan???



Tambah Darah Merah dengan Makan Budu!


MAKAN BUDU UNTUK CERDIK

Penemuan yang lebih menarik tentang budu ialah dapat merangsang sel-sel otak dan memperkuatkan neuron yang lemah dan sekali gus dapat menguatkan daya ingatan. (Ini benar, sebab mak saya pernah cakap budu banyak protein dan memang bagus untuk otak ). 

Budu merupakan pilihan terbaik bagi ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka menyerlah dalam pelajaran. Di samping dapat merawat pelbagai penyakit, budu dapat mengekalkan kesihatan tubuh dengan menyingkirkan sisa toksik dalam badan dan meningkatkan sistem imun (daya tahan tubuh ).


MAKANLAH BUDU!SUKSES MACAM SAYA!



haaa....panjang lebar dh nie saya jelaskan kepada anda tentang BUDU ,so ape lagi...lepas nie boleh la buat stok budu banyak2 yea...n serang kedai NASI ULAM CIKGU setiap hari...hehehe.

Ada macam2 ragam org yg makan budu nie, ada yg buat budu sebagai kuah ( paham2 ler sape tue ), ada yg hirup jer budu macam tue, ada jugak yg cicah tulang ayam dengan budu!apa2 pon cara anda, anda ttp sporting sbab suka makan BUDU juz like me...~~~

SEKIAN.CERITA BUDU.

Sumber: Nadia Izyan & Fazlina serta dikarut oleh saya sket2...
Gambar2: Ihsan google.


p/s: Lepas makan budu, jangan lupa gosok gigi !

2 comments:

  1. me0n ni teruk la....h0w dare u tayang gambar budu dlm mangkuk+chili+bawang tu......u make me feel hungry again!!! huh.....

    neway, tQ...sgt berinf0rmasi.....padan la 0rg suke wat budu tu jadi kuah....cepat sket dpt memutihkan kulit+cepat pandai....hahahaa....anak 0rg nnt, bagi die minum budu dlm b0t0l susu la....its cheaper rather than giving susu....hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha...okke la tue utk "mengghairahkan" lagi ema terhadap budu...~

    uiks, kalo bg anak minum budu ganti susu tue dh melampau, babe!rilek2, susu ema tue lebih berguna tau!haha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...